1. Kekuatan berfikir
Cinta
bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin
kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya
bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu
tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak
menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu
sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada
diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat
perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,
kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika
kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih
dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu
terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu
sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula
rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah
dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang
akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan,
tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk
mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya,
bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat
tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus
menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan
dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita
lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam
melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini
difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika
kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali
kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah
jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan
ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai,
pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang
buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut,
curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu
tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi
hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika
kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu
berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan
orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”.
Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya.
Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra,
kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya,
jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang
kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu
katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika
kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu
menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran
dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu
ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan
hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti
mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara
hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat,
membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus
berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari
komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat
diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu
dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok
dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah
mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa
percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa
percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain
akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu
tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu
mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu
dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk
mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah
pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh
hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan
mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya
|
No comments:
Post a Comment